Harr... tajuk entri saya kali ni pula adalah berkenaan dengan makanan-makanan yang dianggap paling popular di Sarawak. Bagi rakan-rakan dari Semenanjung mahupun Sabah yang pernah berada di Sarawak berkemungkinan besar sudahpun menikmati sendiri makanan-makanan yang akan saya paparkan di bawah ini. Bagi mereka yang tidak pernah ke Sarawak, mungkin tak pernah tau kewujudan makanan ni. Ataupun mungkin pernah dengar, tapi tak pernah nampak macam mana rupa makanan tu, apatah lagi nak merasanya jadi di sini saya akan mendedahkan anda beberapa jenis makanan paling popular di Bumi Kenyalang. Antaranya ialah:
|
*Gambar ihsan random-apples.net |
MI KOLOK - Dalam carta makanan favorite saya, ni antara yang first! Tengok macam mi segera je kan? Tapi 100% tak sama, ok. Sup Mi Kolok ni plak menggunakan stok ayam (daging ayam dan tulang ayam yang dididihkan di dalam air dengan lobak merah, saderi, bawang, dan bawang putih sehingga cecair tu ade flavor dan kaya dengan rasa). Kalo tak guna ayam, guna daging pun boleh. Bentuk mi dia memang special (saya luper nama jenis mi ni). Kalo korang nak tau, mi ni ada 2 jenis warnanya. Yang keperangan dan juga kekuningan (cerah). Saya paling suka yang keperangan kerana ianya lebih sedap sebab yang kuning, rasa dia agak tawar. Antara bahan-bahan lain Mi Kolok kena ada ialah taugeh, hirisan daging serta daun sup. Pergh!!!
|
*Gambar ihsan foursquare.com |
MI KAMPUA - Mi Kampua hanya mudah didapati di sekitar bahagian Sibu, Kanowit, Mukah, Sarikei dan Miri kerana ia merupakan makanan asas orang Cina Foochow (orang-orang Foochow majoritinya terdapat di bandar tersebut) dan mi ni biasanya dinikmati pada waktu sarapan pagi. Cara buat mi ni lebih kurang macam kiter nak buat Mi Sedap ataupun Indomee. Mi ini direbus sehingga masak sebelum digaul sebati dengan perencah asli seperti minyak kinzhir (kalau versi halal dia guna minyak bawang goreng), kicap soya, MSG, garam serta bawang goreng dan juga daun bawang goreng. Kemudian ditabur dengan hirisan daging. Ringkas bukan?
DAN yang akhir sekali adalah......
LAKSA SARAWAK - Sangat berbeza dengan Laksa Johor atau Laksa Penang sebab Laksa Sarawak menggunakan Bihun (halus atau kasar) sebagai medium utama. Paling tak tahan tu, kuah dia yang pergh!!! Laksa Sarawak ni biasanya dicampur dengan udang, ayam (dimasakkan bersama dengan kuahnya), telur dadar yang dihiris halus, daun sup dan taugeh. Ada sesetengah orang suka letak hirisan bunga kantan serta daun ketumbar. Kalo ditambah pula dengan perahan limau, pergggghhhhh..... MARVELOUS!!!
|
*Gambar ihsan cariso.net
*Makanan/minuman popular Sarawak yang lain akan saya tampilkan pada entri mendatang. Pastikan anda follow blog saya, ya? Ngeeee...
|
3 comments:
mee kolok memang sedap...
Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK
Btol tu cik Salmiah. Sampai skrg, mee kolok tetap menjadi pujaanku :)
Post a Comment