Tuesday, August 21, 2012

Kesilapan Yang Biasa Dibuat ataupun Dilihat Semasa Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 2012 ni baru je masuk hari ketiga. Jadi, saya mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia. Pastikan kegembiraan anda pada bulan Syawal ni berterusan sampai bila-bila.

Baiklah, untuk entri saya yang pertama pada musim Raya ni, ingin saya berkongsi dengan anda mengenai beberapa kesilapan yang sering kita buat ataupun lihat pada hari raya di negara kita secara amnya.

Antaranya ialah:

1) Bermegah-megah dan berlumba-lumba untuk membuat persiapan raya yang melebihi kemampuan sendiri ataupun isirumah. Contohnya tukar perabot baru, tv baru, meja baru. Kalo beli cash takpe lagi, tapi kebanyakkannya utang. Lepas raya menggaru kepala lah korang. Ahaksss...


*Gambar ihsan Mudah.my

2) Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi (bukan muhrim atau asing baginya). Masyarakat kita ni samada terlalu mementingkan adat daripada agama ataupun keliru dengan perbezaan konsep adat dan agama ni.


*Gambar ihsan Murai.com.my

3) Makan berlebihan. Alasannya nak qada' makan masa bulan puase. Tang makan bukan main nak qada' ye? Tang solat ataupun tang yang lain takde pulak nak qada' nye. Cam poyo je. Ahaksss...


*Gambar ihsan tipskesehatan.web.id

4) Mintak maaf bermusim. Cuma time raya je. Macam lah hari lain, bulan lain takleh nak mintak maaf kan? Alahai....


*Gambar ihsan zilazaini.fotopages.com

5) Bergaya dan berhias yang melampau. Nak bergaya tu boleh, malah memang digalakkan pun terutamanya untuk ari raya ni. Tapi biarlah pada tahap yang sederhana dan relevan dengan situasi ataupun lokasi. Contohnya kalo beraya kat kampung, takkan nak pakai kasut tumit tinggi?! Tenggelam kang kasut tu dalam tanah. Ahaksss...


*Gambar ihsan gossipkini.blogspot.com

DAN

6) Beria-ria bangun pagi nak pergi solat sunat hari raya tapi solat subuh yang wajib tu tadi tak bangun. Adesss.... memang kartun arr!!!



*Gambar ihsan daripada kringg.blogspot.com

Okey, sampai sini je yang larat saya nak kasi tau. Kalo ade yang terase tu, saya mintak maaf sangat-sangat. Bukan nak mengutuk, tetapi niat saya adalah untuk berkongsi dengan anda semua mengenai kelaziman yang berlaku di sekeliling kita. Mudah-mudahan dapat kita mengambil iktibar daripadanya. Kalo ade lagi yang tak puas ati tu, bolehlah kiranya anda tinggalkan komen kat bahagian bawah sekali post entri ni. Silalah. Saya amat menghargai komen ataupun kritikan yang membina. Ngeheee...

Sekali lagi saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Wassalam.....


Jap, jap! Ade lagi yang nak dikabor ni. Keh keh keh....

Pesanan ikhlas saya untuk anda sepanjang hari raya ni ialah, tolong elakkan BERMAIN MERCUN!!!
Lebih-lebih lagi mercun buatan sendiri... 

Serta tak lupa juga kepada anda yang memandu balik ke kampung ataupun kembali semula ke kota selepas beraya di kampung halaman masing-masing, PASTIKAN ANDA MEMANDU DENGAN CERMAT. BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT....


Psssstttt.... pssssttt.... tolong scroll mouse ke bawah jap. Ade benda nak tanya ar...
























Errrr.... kiter nak mintak duit Raya leh tak? Hehehehe....







*Gambar ihsan contengconteng.com






































No comments: